Peruntukan RM4.6 bilion untuk 434 projek pembangunan di Johor - Mustapa

Peruntukan RM4.6 bilion untuk 434 projek pembangunan di Johor - Mustapa

-- Photo from Bernama 

 

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk 434 projek pembangunan termasuk 79 projek baharu di Johor dalam Bajet 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Beliau berkata hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan membantu mempercepatkan perancangan projek pembangunan berkenaan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

 

Sebahagian besar daripada projek ini merupakan projek-projek sambungan, projek sudah ada (dan kini), nak sambung termasuk bina sekolah, jalan dan 'landasan berkembar.

 

Sumber: Astro Awani