UEM Sunrise Tawar Riang Ria Raya Ceria Promosi Hartanah di Puteri Harbour

UEM Sunrise Tawar Riang Ria Raya Ceria Promosi Hartanah di Puteri Harbour
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

PEMBANGUNAN di sekitar Puteri Harbour, Iskandar Puteri dengan bangunan pejabat dan kediaman kondominium yang ‘elegant’ lengkap dengan pelbagai kemudahan memberi pengalaman gaya hidup yang eksklusif untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.

 

Pemaju utama di Puteri Harbour, UEM Sunrise memberitahu, masih terdapat unit-unit yang boleh dibeli oleh warga tempatan dan antarabangsa dengan mengambil kesempatan diskaun-diskaun hebat sempena promosi Riang Ria Raya Ceria yang bermula 1 Mei lalu hingga 30 Jun ini.

Sempena promosi hebat ini, bakal pembeli berpeluang mendapat cabutan bertuah yang akan menawarkan baucar tunai daripada IKEA dan Habib Jewels bernilai dari RM2,000 hingga RM10,000.

 

Kawasan di sekitar Puteri Harbour ini memberi pengalaman kehidupan yang menarik seperti gaya hidup antarabangsa, kawasan hijau yang nyaman, kemudahan dan intrastruktur lengkap.

 

Puteri Harbour merupakan sebuah lokasi yang dihubungkan oleh lebuh raya-lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, LinKedua dan lain-lain lagi.

 

Sebuah terminal feri antarabangsa menghubungkan Puteri Harbour dan Batam serta Tanjung Balai, Indonedia dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

 

Timbalan Pengurus Kanan Pemasaran dan Jualannya, Siti Nuraizah berkata, antara projek pembangunan UEM Sunrise yang telah siap seperti kondominium mewah Teega, Imperia, Almas dan Residensi Estuari Gardens dalam kawasan yang berkeluasan 688 ekar.

Menurutnya, dalam perancangan masih terdapat beberapa projek yang akan dilancarkan yang berupa kediaman eksklusif, ruang pejabat dan pusat komersial bagi menyempurnakan lagi pembangunan di Puteri Harbour pada masa akan datang.

 

Terkini, hampir 90 peratus unit-unit di Puteri Harbour telah dijual kepada pembeli tempatan dan antarabangsa.

 

“Pengunjung boleh datang ke ruang pameran hartanah UEM Sunrise di Imperia yang berhadapan Hotel JEN Puteri Harbour.

 

“Dalam pusat pameran itu, kami menyediakan infomasi mengenai hartanah kami untuk orang ramai mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat,” katanya.