Tekad Selesaikan Masalah Kejiranan, Kacau Ganggu

Tekad Selesaikan Masalah Kejiranan, Kacau Ganggu
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang baharu, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad bertekad menyelesaikan aduan dan masalah kejiranan serta kacau ganggu di kawasan pentadbirannya sebaik mungkin.

Mohd. Haffiz berkata, keluasan pentadbiran MBIP iaitu 42,096 hektar dengan jumlah penduduk kira-kira 800,000 orang merupakan cabaran terbesar pihaknya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Namun ia agak sukar dilakukan tanpa bantuan agensi kerajaan, Ahli Majlis, warga kerja MBIP dan paling utama masyarakat sendiri.

“Saya harap jalinan kerjasama dapat diberikan dan saya sebagai Datuk Bandar berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pembayar cukai, pelanggan dan pemegang taruh,” katanya selepas Majlis Perlantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar MBIP yang berlangsung di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Mohd. Haffiz berjanji akan terus komited melaksanakan tugasnya dan berusaha menjadikan Iskandar Puteri sebagai bandar berkualiti dengan memelihara keseimbangan pembangunan dan alam sekitar dengan landskap yang berkualiti, mampan dan lestari.

“Oleh itu, penglibatan rakyat perlu digandakan supaya bandar raya ini bersih dan menjadi sebuah kawasan yang boleh dibanggakan bukan semata-mata peranan pihak berkuasa tempatan (PBT), tetapi juga masyarakat setempat,” ujarnya. – VOICE

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...