Sunway Big Box, Citrine Hub Sediakan Kemudahan Pandu Lalu

Sunway Big Box, Citrine Hub Sediakan Kemudahan Pandu Lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

PUSAT beli-belah, Sunway Big Box dan Citrine Hub kini menyediakan kemudahan pandu lalu kepada vendornya bagi memudahkan pelanggan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Sunway Big Box, para pelanggan boleh membuat pesanan ke atas vendor yang dikehendaki sebelum mengambilnya di lokasi pandu lalu yang disediakan.

“Selepas pesanan dibuat, pelanggan boleh mengambil tempahan itu bagi Sunway Big Box di parkir tingkat bawah di timur atau barat.

“Bagi Citrine Hub, lokasi mengambil pesanan di lobi utama ‘drop off’, katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Para pelanggan perlu mengikuti tiga langkah mudah yang disediakan, iaitu menghubungi vendor seperti dalam senarai untuk membuat tempahan.

Kemudian membuat lokasi pengambilan tempahan dan melakukan pembayaran sebelum mengambil pesanan.

Sunway Big Box menasihati para pelanggan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ketika berurusan.

Berikut merupakan vendor Sunway Big Box.
Pick Up Point: East Basement Carpark / West Basement Carpark
1. Mr Dakgalbi (011-65571911)
2. Shake Shake (010-2080523)
3. Hunz Cafe (011-3585 8295 / 011 3585 8294)

Vendor Sunway Citrine Hub
Pick-Up Point: Main Drop-Off Lobby
1. AlleyLab (07-5964837)
2. Awesome Brew (07-5096404)
3. Pizz@ (019-7798693)
4. Story Juice Bar (011-11503759)
5. Sunway Pharmacy (019-4996410 / 07-5964450)
6. Sushi House (018-2304220)
7. Teumsae (011-26780114)

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...