Rasai Pengalaman Berlumba Waktu Malam di RUD Karting, Medini

Rasai Pengalaman Berlumba Waktu Malam di RUD Karting, Medini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI: Macam perlumbaan Formula 1 waktu malam di Singapura.

Begitulah suasana pemanduan di bawha lampu limpah trek dengan pelbagai selekoh mencabar menanti pemandu yang kini menjadi tarikan baharu di sini, RUD Karting Center.

Pengerusi pusat go-kart terbabit, Gin Choon Wei Ong, 35, berkata, pihaknya memang mahu memberi kelainan kepada peminat sukan itu untuk merasai pengalaman berlumba pada waktu malam.

“Kebiasaannya, pemandu bermain go-kart pada waktu siang di atas trek biasa seperti simen atau konkrit.

“Tetapi kami berbeza, trek jalan bertar dan go-kart menggunakan bahan bakar petrol, ditambah pula boleh memandu di waktu malam akan memberi keseronokan yang berbeza kepada pengunjung,”katanya ketika ditemui IP Portal, baru-baru ini.

Trek RUD Karting Center tersebut dibina sepanjang 840 meter dan mempunyai 16 selekoh mencabar bagi menguji pemanduan pengunjung dengan jentera go-kart berkuasa 200 hingga 400cc.

“Kami menyediakan dua jenis go-kart, iaitu satu kerusi dan dua kerusi. Bagi dua kerusi sesuai untuk keluarga dan mereka yang berpasangan,” katanya.

Pengunjung yang menggunakan go-kart tersebut juga akan diberi aplikasi untuk merekod masa pemanduan mereka.

RUD Karting Center dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dengan menawarkan kadar bayaran antara RM45 hingga RM55 mengikut jenis kuasa enjin go-kart yang digunakan.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...