Pasar Tani Plus Medini Berkonsep Eko

Pasar Tani Plus Medini Berkonsep Eko
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pemaju bandar Medini, Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (MIM) menganjurkan Pasar Tani Plus berkonsepkan eko dalam suasana taman bandar di Edible Park, Khamis lalu.

Pembukaan pasar tani berkenaan melibatkan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan syarikat Touch & Go yang membabitkan 35 peniaga di situ.

Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, pihaknya amat mengalu-alukan pembukaan pasar tani terbabit bagi memenuhi permintaan bekalan barangan segar terus daripada usahawan tani kepada penduduk.

“Tahniah kepada MIM yang telah menganjurkan pasar tani ini bagi membantu usahawan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan sosio ekonomi di Iskandar Puteri.

“Saya lihat sambutan menggalakkan daripada pengunjung dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan dilakukan di pasar tani berkenaan dan pasar lain,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah FAMA Johor, Shahrizan Sudiman.

Pasar Tani Plus dilihat mampu menyumbang kepada ekonomi setempat dan berfungsi sebagai platform bagi peniaga kecil setempat di samping memperkenalkan makanan dan produk tempatan kepada para pengunjung.

Selain itu program ini turut memupuk kesedaran masyarakat Iskandar Puteri mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan barangan yang mersa alam sekitar.

Pasar Tani Plus terbabit akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada para usahawan untuk berniaga di bazar Ramadan tahun ini dan dibuka semula bermula 22 Mei pada setiap Khamis bermula jam 3 petang hingga 10 malam.