Nikmati Sajian Secara Santai di Rock Café, Sunway City Iskandar, Iskandar Puteri

Nikmati Sajian Secara Santai di Rock Café, Sunway City Iskandar, Iskandar Puteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Dikelilingi landskap alam semula jadi moden dan tasik, restoran Rock Cafe di Sunway Xtreme Park Iskandar di sini  menawarkan pelbagai makanan yang enak di samping pengalaman majlis perkahwinan yang indah untuk bakal pengantin.

Pengusahanya, Zainuddin Abu Bakar, 48, berkata, pihaknya menyediakan lebih 10 menu yang istimewa kepada pengunjung seperti nasi briyani Hyderabab, nasi goreng ayam panyek, makanan berlauk dan bergoreng, laksa dan banyak lagi. Bagi yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan, Rock Cafe mempunyai kemudahan dan persekitaran di sini dengan pakej yang menarik termasuk percuma clamping (chalet) di sini untuk pasangan pengantin.

“Pakej istimewa (clamping) ini untuk pasangan menikmati alam sekitar di sini pada waktu malam selepas mereka menjadi raja sehari.

“Suasana alam sekitar yang indah pada siang dan malam amat sesuai untuk pasangan pengantin dan para jemputan mengadakan majlis perkahwinan dan mengambil gambar di sini,” katanya, baru-baru ini.

Rock Cafe dibuka sejak dua tahun lalu bersama Xtreme Park berkenaan mempunyai pelbagai kemudahan untuk sukan lasak seperti go-kart, clambing, flying fox, sukan air dan banyak lagi.

“Untuk majlis perkahwinan, kami mempunyai dewan besar dan tempat makan yang berkapasiti 1,000 orang,” ujarnya.

Pakej perkahwinan yang ilhamkan untuk diadakan di Rack Cafe bagi mempromosi Sunway Xtreme Park Iskandar yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk sukan lasak bertaraf antarabangsa dalam persekitaran alam semula jadi. Pihak taman juga menyediakan zoo mini untuk arnab dan burung selain burung merak yang dilepaskan bebas di sini.

“Ini satu pengalaman yang menarik untuk pengunjung dan bakal pengantin datang ke sini,” ujarnya.

 

Rock Cafe
Sunway xtreme Park Iskandar
Jalan Medini Selatan 2,
Bandar Medini Iskandar,
79200 Iskandar Puteri
Johor.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 6 petang

Nombor telefon: 016-7558 885

Email: antareed1001@yahoo.com

IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk

IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk diagih-agihkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) secara...