Mohd. Haffiz Angkat Sumpah Jawatan Datuk Bandar MBIP Yang Baharu

Mohd. Haffiz Angkat Sumpah Jawatan Datuk Bandar MBIP Yang Baharu
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Bekas Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang Ke-3 pada majlis pelantikan dan angkat sumpah yang berlangsung di hadapan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai.

Hasni dalam ucapan beliau menzahirkan kepercayaan bahawa Mohd. Haffiz mampu melaksanakan tugas dengan baik dan menggalas amanah yang besar dalam meneruskan agenda pembangunan di  Bandaraya Iskandar Puteri.

“Pelantikan Datuk Bandar hari ini dibuat atas kepercayaan Kerajaan Negeri bahawa beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas sebagai Pegawai Daerah Muar sebelum ini. Semoga di bawah kepimpinan beliau, bandar raya ini akan lebih maju, harmoni dan selesa bagi penduduk serta semua golongan masyarakat yang tinggal dan bekerja di sini,” katanya.

Mohd. Haffiz menggantikan mantan Datuk Bandar MBIP sebelum ini yang disandang, Datuk Salehuddin Hassan yang kini dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Hasni berkata, sebagai ketua pentadbiran di MBIP, sesungguhnya tugas dan tanggungjawab Datuk Bandar amat besar dalam memastikan pembangunan yang mampan dan holistik untuk kesejahteraan rakyat.

“MBIP diharap akan terus komited dalam memacu pembangunan mampan selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Johor sebagai hab nasional dan serantau bagi sektor pelancongan, perkhidmatan dan industri berteknologi tinggi.

“Kepada seluruh warga kerja MBIP teruskan kemesraan dalam perkhidmatan, tingkatkan dan perkukuhkan nilai integriti. Berikanlah perkhidmatan terbaik dan sentiasa beriltizam untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Johor, khasnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya MBIP menjadi pelopor dan pencetus pelbagai bentuk kreativiti, inovasi idea baharu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, pembayar cukai, pelanggan dan pemegang taruh. – VOICE

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...