MB Tinjau Operasi PPV Dewan Serbaguna MBIP Gelang Patah

MB Tinjau Operasi PPV Dewan Serbaguna MBIP Gelang Patah
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad meluangkan masa kira-kira sejam meninjau operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Taman Nusantara, Gelang Patah pada 22 Julai 2021.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut diberi taklimat oleh pihak penyelaras PPV berkaitan perkembangan pemberian vaksin dalam kalangan penduduk di sekitar Gelang Patah, khususnya di Taman Nusantara.

YAB Menteri Besar turut mengambil kesempatan bertanya khabar kepada orang ramai yang hadir mendapatkan suntikan vaksin di PPV tersebut.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu; Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, En. Mohd. Tarmizi Dan serta Datuk Bandar Iskandar Puteri, YB Dato’ Haji Mohd. Haffiz Ahmad.

PPV Dewan Serbaguna MBIP Gelang Patah yang mula beroperasi pada Ahad lalu mampu memberikan suntikan vaksin sebanyak 1,500 dos sehari.

PPV tersebut diwujudkan atas kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta, iaitu Kementerian Kesihatan dan Hospital Gleneagles Medini Johor.

Sukarelawan daripada Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) turut membantu melancarkan proses pemberian vaksin di PPV tersebut. –  THE VOICE

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...