MB, Exco Johor Sumbang 3 Bulan Gaji

MB, Exco Johor Sumbang 3 Bulan Gaji
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad dan semua barisan Exco Kerajaan Johor akan menyumbangkan tiga bulan gaji ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor.

Keputusan itu dibuat mereka dalam mesyuarat mingguan Exco.

“Sumbangan bagi gaji bulan Jun hingga Ogos 2021 ini akan digunakan untuk mempertingkatkan keupayaan tahap kesihatan awam negeri ini dalam mendepani dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau turut mengajak semua wakil rakyat di negeri ini untuk bersama-sama menyumbang sebahagian daripada elaun yang diterima masing-masing ke dalam Tabung Bencana Negeri Johor untuk menambah dana dan meningkatkan kapasiti kesihatan awam di negeri ini.

YAB Menteri Besar turut menyeru pihak swasta, korporat, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan individu yang prihatin untuk menyumbang ke dalam tabung berkenaan bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada tahun lalu ekoran penularan COVID19, Tabung Bencana Negeri Johor sudah menerima sebanyak RM44.83 juta sumbangan dalam bentuk wang tunai dan peralatan daripada pelbagai pihak.

“Hingga kini, sebanyak RM41.65 juta sumbangan sudah digunakan untuk manfaat rakyat,” katanya.

Beliau juga menasihati rakyat Johor supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian pandemik COVID-19 ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi sesama kita dan kita mesti menang dalam perperangan melawan COVID-19 ini,” tegasnya.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...