Kg. Sg. Melayu Tarikan Eko-Pelancongan

Kg. Sg. Melayu Tarikan Eko-Pelancongan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Di sebalik pembangunan pesat Iskandar Puteri sejak 10 tahun lalu dengan bangunan tinggi dan moden, namun perkampungan tradisional, Kampung Sungai Melayu yang berusia lebih 120 tahun kekal terpelihara hingga kini.

Terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar raya Johor Bahru, perkampungan tersebut yang dikelilingi paya bakau dan ladang kelapa sawit terus terpelihara daripada kepesatan pembangunan bandar berdekatan.

Keadaan tersebut nyata memberi kelebihan kepada kampung tersebut apabila menjadi tarikan eko-pelancong bagi warga bandar untuk menikmati suasana alam sekitar yang segar dan mendamaikan.

Justeru, penduduk dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah memperkenalkan perkampungan eko-pelancongan sejak 2013 bagi membantu meningkatkan ekonomi penduduk yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

Menurut Koordinator Eko-Pelancongannya, Sharifah Mohd. Shah, pembukaan pusat itu juga menarik pelancong datang ke kampung tersebut untuk menikmati alam sekitar dengan pelbagai pakej yang ditawarkan.

“Sambutan eko-pelancong kami memang menggalakkan daripada penduduk tempatan dan pelancong dan warga asing yang tinggal di Iskandar Malaysia.

“Mereka cukup tertarik dengan suasana kampung dan pakej yang kami tawarkan seperti lawatan bot ke hutan bakau, aktiviti menangkap ketam dan banyak lagi,” katanya kepada IP Portal, baru-baru ini.

Antara pakej eko-pelancongan yang ditawarkan seperti lawatan bot melihat paya bakau, burung, menangkap ketam, melihat kehidupan nelayan, ternakan kupang, kraf tangan dan tempat bersejarah.
Lokasi yang sering menjadi tumpuan di kampung itu ialah restoran makanan laut asam pedas yang menyediakan pelbagai menu dengan harga berpatutan.

Dianggarkan jumlah penduduk kampung tersebut kira-kira 850 orang dan pelbagai kemudahan disediakan seperti balai raya dan dewan, klinik kesihatan, sekolah dan masjid.

Untuk maklumat lanjut,boleh menghubungi Sharifah menerusi talian +6019 704 5904 atau melayari Facebook – Sungai Melayu Eco Tourism.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...