Kenangan Raya Klasik Di Sunway Big Box

Kenangan Raya Klasik Di Sunway Big Box
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Meriahkan suasana raya anda dengan merakamkan gambar kenangan monumen ikonik zaman 80-an sambil berbelanja di pusat beli-belah Sunway Big Box. Iskandar Puteri.

Antara monumen menarik yang disediakan di ruang legar pusat beli-belah tersebut ialah menara jam, teksi klasik, wakaf, telefon awam dan pondok bas.

Menurut Sunway Big Box, dekorasi raya berkenaan disediakan pihaknya untuk menarik pengunjung sempena Kempen Ikatan Mesra Raya 2021 yang berlangsung mulai 16 April hingga 30 Mei ini.

Dekorasi tersebut akan membawa kembali kenangan zaman klasik dengan monumen yang disediakan.

Para pengunjung boleh merasai pengembaraan pada laluan kenangan dengan bergambar atau berswafoto dengan dekorasi yang disediakan, demikian menurut laman Facebook, Sunway Big Box.

Beberapa outlet di pusat beli-belah berkenaan turut menawarkan pelbagai promosi termasuk penebusan hadiah raya apabila berbelanja di situ.

Antara oulet terbabit ialah Book Xcess, Mode Brille, SSF, Famous Amos, EnerG X Park, Absolute Thai, Hunz Café, Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Burger King dan banyak lagi.