Johor Salur Bantuan RM7.02 Juta Kepada Petugas Barisan Hadapan

Johor Salur Bantuan RM7.02 Juta Kepada Petugas Barisan Hadapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Kerajaan negeri menyalurkan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Seramai 35,136 petugas barisan hadapan di negeri ini akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021. Bantuan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad kepada wakil-wakil agensi daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad.

Turut menerima bantuan berkenaan ialah wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.

Sementera itu, wakil PDRM, Inspektor Nongleek A/P Prak Jun menyifatkan bantuan itu sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa agensi keselamatan dan kesihatan mengekang pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat menaikkan semangat para petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat,” katanya.

Bagi anggota ATM, Sarjan Mohd. Shukri Hussin, bantuan itu sedikit sebanyak dapat memberi suntikan moral kepada anggota ATM yang terlibat dalam pelbagai operasi ketika negara mendepani pandemik itu. – VOICE

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...