IIB Tumpu Pengisian Kegiatan Ekonomi Iskandar Puteri

IIB Tumpu  Pengisian Kegiatan Ekonomi Iskandar Puteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pemaju strategik Iskandar Puteri, Iskandar Investment Berhad (IIB) akan memberi fokus terhadap pengisian bandar moden itu yang dapat meningkatkan aktiviti ekonomi pada tahun mendatang.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, sepanjang tempoh 14 tahun membangunkan Iskandar Puteri, pihaknya lebih menumpukan usaha pembangunan infrastruktur dan kemudahan bagi menarik minat pelabur dalam dan luar negara.

Usaha ini berhasil apabila sejak kebelakangan ini, IIB telah berjaya menarik pelabur-pelabur asing datang melabur di sini untuk membawa pulangan kepada negeri Johor dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ketika ini, banyak pelabur asing berminat membuka kilang atau syarikat di sini, antaranya syarikat kurier antarabangsa, DHL. Kami juga telah melancarkan DRZ Iskandar untuk menjadi kawasan penyelidikan teknologi dron dan robotik untuk syarikat dalam dan antarabangsa,” katanya pada majlis santai bersama media di RUD Karting Center, Iskandar Puteri.

Bandaraya Iskandar Puteri yang berkeluasan 24,000 ekar kini dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan moden, seperti Taman Tema Legoland, EduCity, pusat pentadbiran kerajaan, rumah kediaman dan ruang perniagaan yang terbaik di negara ini.

Dalam mengiringi kepesatan pembangunan di Iskandar Puteri, IIB juga sentiasa memberi tumpuan terhadap keselesaan dan kelestarian untuk penduduk di bandar itu.

“Pelbagai kemudahan terbaik seperti pusat pendidikan dan kesihatan akan dibina termasuk mewujudkan ekosistem persekitaran hijau untuk keselesaan penduduk,” katanya.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...