IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk

IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk diagih-agihkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) secara pandu lalu di Edible Park Medini.

Wakil kumpulan syarikat IIB, Mohd. Zamani Razali berkata, program tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat mereka sempena bulan Ramadan kepada penduduk setempat.

Beliau yang juga merupakan Ketua Syarikat Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. menambah, “Agihan secara pandu lalu di sini bagi menjaga penjarakan sosial kerana pandemik COVID-19. Langkah ini bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan juga dapat mengurangkan sentuhan dengan penerima selain memudahkan mereka.”

Selain Edible Park, dua lagi lokasi pengagihan bubur lambuk berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Medini dan Pusat Baitul Soleha.

“Acara ini juga sebenarnya membantu usahawan kecil di sini kerana mereka yang memasak dan menyediakan bubur lambuk itu,” katanya.

IIB juga merancang mengadakan agihan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa tempatan tidak lama lagi.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...