Ibu Pejabat Baharu MBIP Beroperasi Sebelum Ramadan

Ibu Pejabat Baharu MBIP Beroperasi Sebelum Ramadan
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang baharu dijangka dibuka sepenuhnya sebelum bulan Ramadan selepas proses pemindahan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selesai dalam masa terdekat.

Datuk Bandarnya, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, ketika ini proses pemindahan kakitangan dan jabatan PBT itu sedang berjalan secara berperingkat-peringkat.

“Fasa terakhir pindah, kalau boleh secepat mungkin sebelum bulan Ramadan dan MBIP juga akan mengekalkan kaunter pembayaran di bangunan lama dan membuka kaunter sama di sini.

“Ini bertujuaan untuk memudahkan penduduk dan perniagaan bagi membayar bil mereka di bangunan lama selain penduduk di sini boleh menggunakan perkhidmatan tersebut di sini,” katanya selepas melawat Pasar Tani Plus di Edible Park, Medini di sini, baru-baru ini.

Mengenai bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi, Mohd. Haffiz menjelaskan, pihaknya akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan di 11 lokasi bazar yang dibenarkan di kawasan MBIP.

“Dianggarkan kira-kira 120 pengunjung dibenarkan untuk berada dalam sesuatu masa di bazar Ramadan dan pengunjung lain perlu bergiliran masuk.

“Kapasiti tersebut bergantung dengan keluasan dan jumlah peniaga yang beroperasi dan tindakan akan diambil terhadap peniaga dan pengunjung sekiranya didapati melanggar SOP yang ditetapkan,” katanya.

MBIP memahami situasi pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada banyak pihak, terutamanya peniaga kecil dan kebenaran operasi bazar Ramadan disambut baik serta berharap peniaga dan pengunjung sentiasa menjaga kebersihan.

IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk

IIB Agih 2,000 Bubur Lambuk

ISKANDAR PUTERI - Sebanyak 2,000 bungkus bubur lambuk diagih-agihkan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) secara...