Hasni Yang Pertama Terima Suntikan Vaksin di Johor

Hasni Yang Pertama Terima Suntikan Vaksin di Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan barisan Exco kerajaan negeri akan menjadi kumpulan pertama di negeri ini yang menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa terdekat.

Beliau berkata, turut menerima suntikan vaksin berkenaan ialah kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

“Dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan, rakyat termasuk Bangsa Johor mampu menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan selamat serta melindungi diri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan termasuk mengenal pasti pusat vaksinasi di setiap daerah serta menyediakan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) yang terlatih untuk memberi suntikan vaksin.

Menurutnya, Program Imunisasi itu diharap dapat meningkatkan usaha pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura, sekali gus merancakkan lagi ekonomi rentas sempadan.

“Apabila rakyat kedua-dua negara sudah diberi suntikan vaksin, maka pergerakan rentas sempadan akan diyakini lebih selamat. Saya juga yakin menerusi pemberian vaksin ini, ekonomi Negeri Johor dapat pulih lebih awal berbanding negeri-negeri lain,” katanya lagi.

Justeru, beliau berharap Bangsa Johor akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bersama-sama terus berusaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Johor sudah menerima vaksin COVID-19 fasa pertama pada Ahad lalu. – VOICE

Johor Fokus Perbanyak RMBJ

Johor Fokus Perbanyak RMBJ

Kerajaan negeri tetap fokus melaksanakan Agenda Prasarana Johor dengan menyokong usaha pemaju membina lebih banyak...