Exco Pelancongan, Datuk Bandar MBIP Tinjau Lokasi Pelancongan Iskandar Puteri

Exco Pelancongan, Datuk Bandar MBIP Tinjau Lokasi Pelancongan Iskandar Puteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan lawatan kerja sehari ke kawasan tumpuan pelancongan di Iskandar Puteri dengan menaiki Iskandar Puteri shuttle bus semalam.

Turut serta Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad  bersama Pengarah Tourism Johor, Suhairi Hassim; Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Pandak Ahmad dan Pengurus Besar UEM Sunrise Bhd., Nor Hisham Hussein dan delegasi kira-kira 30 orang untuk meninjau lokasi pembangunan dan pelancongan di sekitar kawasan terbabit.

Pelbagai insentif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Tourism Johor akan dapat memastikan sektor pelancongan negeri Johor akan terus berkembang dan menjadi pilihan pengunjung tempatan dan luar negara.

Lawatan berkenaan juga memberi fokus terhadap usaha menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di tempat tumpuan utama pelancongan, antaranya Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah yang menjadi salah satu pintu masuk utama pelancong ke Malaysia khususnya negeri Johor dan berada dalam kawasan pentadbiran MBIP.

Dalam pada itu, pelbagai isu telah dibincangkan bagi memastikan pandangan dan idea daripada wakil industri pelancongan negeri Johor dapat diperhalusi dan memberi keselesaan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelancong yang datang ke negeri Johor.

Lokasi pertama kunjungan delegasi tersebut ialah Puteri Harbour Moto Ranch yang merupakan litar trek sukan lasak untuk motocross, basikal, lokasi karavan dan perkhemahan yang baharu disiapkan baru-baru ini.

Delegasi kemudian melawat Sunway Xtreme Park yang menyediakan kemudahan untuk lebih 15 sukan lasak, antaranya go-kart dan lawatan berakhir di Taman Tema LEGOLAND.

Sektor pelancong sukan juga dilihat akan menjadi tarikan utama pelancong di kawasan  Iskandar Puteri selepas pembukaan beberapa venue sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Sultan Ibrahim, Velodroom Johor, Arena Emas, Kompleks Sukan Educity, Forest City Golf Resort dan sebagainya.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...