EduCity lancar pusat perbankan Maybank@EduCity

EduCity lancar pusat perbankan Maybank@EduCity
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

EduCity Iskandar Sdn. Bhd., melancarkan pusat perbankan Maybank@EduCity khusus untuk penuntut, pensyarah dan komuniti di hab pendidikan bersepadu itu di sini baru-baru ini.

Kemudahan fasiliti berkenaan mendapat kerjasama Kumpulan Maybank yang merupakan pusat perbankan pertama di Iskandar Puteri dan Wilayah Selatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad (IIB), Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, kerjasama itu menyaksikan EduCity berada dalam kedudukan sebagai peneraju kempen kampus tanpa tunai.

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Maybank@EduCity kini bersedia untuk menawarkan perkhidmatan mereka.

“Hab berkenaan menawarkan ruang untuk penuntut mengadakan perbincangan kumpulan secara percuma serta perkhidmatan lain termasuk bilik dan kandungan acara serta latihan pengeluaran.

“Menerusi Maybank@EduCity, komuniti EduCity dan FastSpace sekarang juga menikmati banyak perkhidmatan kewangan dan nasihat bernilai tambah oleh Maybank, kumpulan perbankan terbesar di Malaysia,” katanya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Abd Manaf secara dalam talian.

Maybank@EduCity adalah pusat Maybank ke-9 seumpamanya yang akan ditubuhkan di Malaysia dan bertujuan untuk menawarkan nilai tambah
khidmat nasihat dan khidmat kewangan khusus untuk penuntut EduCity dan komuniti pendidikan amnya.

Menurut Nora, Maybank@EduCity bukan sahaja berfungsi seperti cawangan bank untuk penuntut melakukan transaksi kewangan mereka.

“Ia juga merupakan pusat yang memupuk celik kewangan menerusi bengkel dan webinar untuk mereka,” katanya.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...