DHL Lancar Hab Analitik Data Pertama di Medini

DHL Lancar Hab Analitik Data Pertama di Medini
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Syarikat perkhidmatan logistik, DHL melancarkan Hab Analitik Data (HAD) pertama mereka di negara ini, iaitu di Medini 6, Iskandar Puteri.

HAD tersebut merupakan pejabat pertama di luar Singapura menerusi kerjasama dengan syarikat pelaburan strategik, Iskandar Investment Berhad (IIB).

Hab tersebut berperanan menyelesaikan analisis data untuk syarikat dan perniagaan serta memberi latihan dan pendedahan mengenai analisis data untuk pengembangan bakat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Ir. Khairil Anwar Ahmad berkata, penubuhan HAD itu diyakini akan mengembangkan lagi ekosistem perniagaan di sini dan Hab Digital Johor.

“Ia juga akan meningkatkan lagi peluang 5,000 pekerjaan yang dihasilkan sejak IIB beroperasi pada tahun 2006.

“Kami gembira untuk mewujudkan platform untuk memberi pendedahan dan latihan kepada bakat tempatan dalam analisis data yang sangat penting untuk pembangunan ekosistem digital di Medini, ” katanya ketika majlis pelancaran terbabit yang diadakan secara maya, di sini.

Pelancaran Hab Analitik Data DHL secara maya itu disempurnakan oleh Wakil Presiden Asia Pasifik Pusat Inovasi, Justin Baird.

Hajj and Mecca

Hari Raya Aidiladha

Both Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Aidiladha are two great festivals celebrated by Muslims...